Wednesday, April 27, 2011

Local Student yang nak sambung master/PHD.. diwajibkan bace!!!

haha…still lg pasal sambung2 belajar… :D

ni adalah email dari dr mohd kamal…

MAJLIS DEKAN PENGAJIAN SISWAZAH IPTA

YBhg. Dato'/Prof.,

PROGRAM MYBRAIN15

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2.        Dimaklumkan bahawa Program MyBrain15 merupakan satu program

pembiayaan bagi   mencapai sasaran 60,000 orang pemegang PhD dari

kalangan rakyat Malaysia menjelang tahun 2023. Program MyBrain15

terdiri daripada Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB) dan Skim

Latihan Akademik IPTA (SLAI) yang diteruskan daripada Rancangan

Malaysia yang terdahulu dan tiga program baru di bawah Rancangan

Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) iaitu MyMaster, MyPhD dan PhD Industri.

Tiga program baru ini mula dilaksanakan pada bulan Disember 2010,

 

3.        Berbeza dengan program SLAB dan SLAI yang memfokuskan kepada

tenaga akademik, tutor dan pensyarah institusi pengajian tinggi awam

(IPTA) sebagai kumpulan sasaran, program MyPhD dan MyMaster

masing-masing merupakan pembiayaan pengajian di peringkat Ijazah PhD

dan Ijazah Sarjana yang menjadikan graduan yang belum bekerja dan

tidak berpendapatan tetap, kakitangan sektor swasta dan pensyarah

institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) sebagai kumpulan sasaran.

 

4.        Sepanjang pelaksanaan RMKe-10, Kementerian Pengajian Tinggi

(KPT) mensasarkan untuk menaja seramai 5,000 pelajar bagi melanjutkan

pengajian di peringkat PhD melalui program MyPhd dan 40,000 pelajar di

peringkat Sarjana di bawah program MyMaster. Bagi tahun 2011, KPT

mensasarkan untuk menaja seramai 650 pelajar di bawah MyPhD dan

seramai 8,000 pelajar di bawah MyMaster. Dari segi elemen pembiayaan,

pelajar tajaan MyMaster adalah layak untuk menerima yuran pengajian

maksimum RM10,000 bagi tempoh pembiayaan tidak melebihi 24 bulan.

Manakala pelajar tajaan MyPhD pula adalah layak untuk menerima

penajaan yuran pengajian maksimum RM24,000 bagi tempoh pembiayaan

tidak melebihi 48 bulan. Selain itu, pelajar tajaan MyPhD kategori

graduan yang belum bekerja dan tidak  berpendapatan tetap juga adalah

layak untuk menerima elaun sara hidup RM2,300 sebulan. Bagi kedua-dua

program MyPhD dan MyMaster, permohonan perlu dibuat secara atas talian

melalui laman web https://www.mohe.go/!

v.my/MyBrain15 .

 

5.        Program PhD Industri sebaliknya memberi tumpuan kepada para

profesional dan pengamal industri dalam menghasilkan inovasi dan

meningkatkan daya saing melalui penyelidikan berasaskan industri.

Sepanjang pelaksanaan RMKe-10, KPT mensasarkan untuk menaja seramai

500 pelajar bagi program Phd Industri dan seramai 100 orang akan

ditaja pada tahun 2011 . KPT akan membiayai yuran pelajar yang terdiri

daripada kos penyeliaan, kos pengajian, kos latihan penyeliaan, kos

pemeriksaan panel dan penganugerahan ijazah maksimum sebanyak RM50,000

sepanjang tempoh pengajian. Manakala kos penyelidikan projek perlu

ditanggung oleh pihak industri. Permohonan perlu dikemukakan oleh

pelajar ke Bahagian Biasiswa KPT melalui industri dan universiti.

Justeru, kejayaan program ini amat bergantung kepada komitmen dan

kesungguhan pihak industri dan universiti.

 

6.          Seperti yang telah dimaklumkan oleh YB Menteri Pengajian

Tinggi semasa merasmikan Majlis Inovasi@MOHE pada 25 April 2011 di

Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), sehingga 25 Mac 2011,

KPT baru meluluskan sebanyak 329 permohonan MyPhD, 1,755 MyMaster dan

38 PhD Industri.  Sehubungan itu, Bahagian Biasiswa KPT amat

memerlukan kerjasama daripada semua pihak termasuk Majlis Dekan

Pengajian Siswazah IPTA untuk menghebahkan program MyBrain15 kepada

kumpulan sasaran. Maklumat berhubung program ini termasuk

bidang-bidang tajaan boleh didapati di laman web

https://www.mohe.gov.my/MyBrain15 dan sebarang pertanyaan boleh

hubungi pegawai terlibat melalui emel myphd@mohe.gov.my ,

mymaster@mohe.gov.my , phdindustri@mohe.gov.my atau di talian

03-88881616.

 

7.        Segala perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Dato'/Prof. dalam

menjayakan Program MyBrain15 amat dihargai dan didahului dengan ucapan

terima kasih.

 

Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

(SUHARMI BIN ISMAIL)

Bahagian Biasiswa

Kementerian Pengajian Tinggi

No comments:

Post a Comment