Tuesday, April 26, 2011

master~ vs kerja~

hmmm…..artikel ni sbnrnyer diambil dari blog member ak syam. after present psm ritu ade la lecture yg offer ak wat master by research. so…kenapa tajuk ni master vs kerja?jom bace… ^_^

1. Sambung sarjana/master (research area)

Di malaysia kebanyakan geran-geran akan mula dibuka pada februari 2011 ni dan pemberian geran pada march 2011. Apa pentingnya geran ni pada kita? Dibawah skim research atau selalu dipanggil research assistant (RA), geran-geran yang diberikan kepada lecturer akan di-subkan kepada student yang nak sambung master dengan mereka. Daripada duit geran ni la akan digunakan sedikit sebagai GAJI pelajar!

Setiap geran tidak mempunyai nilai yang sama, tapi bagi master by research kebanyakannya akan dapat around rm1500 sebulan bergantung kepada lecturer. Interesting?atau biasa? Ok…kita ke seterusnya…

RMK-10 telah mempersetujui dalam mempesatkan ekonomi negara dengan menghasilkan graduan-graduan yang berintelektual dimana target adalah seramai 60 000 orang pemegang PhD. Maka, skim biasiswa ditawarkan khas kepada pelajar PhD secara langsung. Apa gunanya kita sebagai bakal student master? Untuk mencapai target itu, pelajar master juga diberi bantuan biasiswa oleh kerajaan dibawah takluk skim My Brain! Dengan kos yuran dibiayai oleh skim ini (ini bukan skim cepat kaya ok!).

Tawaran dan syarat-syarat boleh dilihat dengan jelas di laman My Brain details. dan anda dah apply sebagai master student?

Ok.agenda seterusnya, calculation! Basic used.

NOTE : kiraan adalah menghampiri kepada pelajar engineering UTM dan kebanyakan dipetik dari Wireless Communications Centre page, macam mana pun pelajar bidang lain mahupun universiti lain turut boleh menggunakan kiraan rambang ini. hampir sama. yuran pula? yuran tambahan? lain-lain biasiswa?

Research study = normally 2 years (24 month)

Month salary = rm 1500

Biasiswa yuran = maksima rm 10 000 sepanjang pembelajaran

Kos penginapan sebulan = rm 5 x 30 days = rm 150

Kos makan (normally) per month = rm 10 x 30 days x = rm 300

Kos yuran pembelajaran 4 sem = around rm 7 000

a. Total gaji = Monthly salary x 24 month

= rm 1 500 x 24 month

= rm 36 000

b. Kos yuran = ditanggung dari skim My Brain

= rm 7000

c. Penginapan & makan = penginapan + makan

= (rm 150 x 24) + (rm 300 x 24)

= rm 10 800

d. Sedeqah to parents = rm 100 x 24

= rm 2 400

e. Kos perjalanan balik rumah = (rm 70 x 2) x 5balik/sem x 4sem (johor-kedah)

= rm 2 800

f. Others cost = minyak motor/kereta + berfesion/mall

= (rm 10 x 4weeks x 24month) + (rm 150 x 24month)

= rm 4 560


Baki total = gaji – (penginapan & makan) – parents – balik – others

= rm 36 000 – rm 10 800 – rm 2 400 – rm 2 800 – rm 4 560

= rm 15,440

INTERESTING? Ok.next pulak…

 

2. Bekerja

Persoalan pertama, dah apply ke kerja? Dah dapat tawaran? Kerja ni kita ambil harga gaji basic je la ek. Kalau lepasan freshy degree untuk industry (sebab penulis bidang engineering). Kita ambil kira 24 bulan kerja sebab nak compared dengan sambung master dan area KL. Sebab tu range kos tertinggi.

a. Montly salary = rm 2 300 x 24 month

= rm 55 200

b. Rumah sewa = rm 250/month x 24

= rm 6 000

c. Kos minyak ke kerja = rm 40 (kereta) x 4 weeks x 24month

= rm 3 840

d. Kos makanan = rm 15 x 30 days x 24 month

= rm 10 800

e. Bil elektik & bil air = (rm 25 + rm 20) x 24 month

= rm 1 080

f. Sedeqah to parents = rm 200 x 24

= rm 4 800

g. Infaq = rm 150 x 24

= 3 600

h. Kos perjalanan balik rumah = (rm 32 x 2) x 30balik (KL-kedah/johor)

= rm 1 920

i. Others cost = shopping mall

= rm 250 x 24

= rm 6 000

Baki total = gaji – rumah – minyak – makan – bil – parents – infaq – balik – others

= rm 55200 – rm 6000 - rm 3840 – rm 10800 – rm 1080 – rm 4800 – rm 3600

= rm 25 080

Mana lagi interesting? Lepas 2 tahun anda mempunyai sijil master dengan memiliki rm15,440 sebagai asset dan mampu menerima tawaran kerja gaji lebih tinggi dari pemegang degree atau anda bekerja ambilan lepasan degree dengan memegang rm25,080 selepas 24 bulan dan berkemampuan dapat meningkatkan gaji dalam jangka masa 2 tahun ini?

NOTE : kos-kos lain seperti menabung berkahwin, membeli kereta, sedeqah luaran masih belum diambil kira.

Secara keseluruhannya…masing-masing punyai tahap kehebatan dan keperluan tersendiri dan mempunyai kelebihan tersendiri bergantung kepada keadaan kehidupan seharian. Dan yang terutama bagi keseluruhannya ialah sentiasa melakukan solat istikharah supaya mudah memilih dalam apa jua bentuk keputusan. Renung-renungkan, dan selamat beramal.

 

p/s : tapi ak da wat keputusan nak smbung master~ yeah~

No comments:

Post a Comment